mgtlee@gmail.com

< Banner created with MyBannerMaker.com

Sabtu, 19 Jun 2010

SALINDAH




SALINDAH SET
Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.


Pengalaman bersalin sepatutnya menjadi satu pengalaman yang indah. Sesuai dengan itu, Salindah telah dihasilkan untuk membantu ibu-ibu yang sedang mengandung. Set lengkap ini boleh diambil mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari).

Salindah set lengkap akan disertakan bersama-sama buku peraturan pengunaan yang lengkap. antara isi kandungan buku ialah;-

-> Rencana permakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang.
-> Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
-> Khasiat dan panduan penggunaan SALINDAH
-> Rencana penjagaan kesihatan
-> Senaman
-> DLL

Harga:
SALINDAH SET RM439.00(juga terdapat dlm bentuk ceraian) whatapp/sms 012-491 2382

INFO SALINDAH

Produk Kandungan Masa penggunaan Cara pengambilan / penggunaan


B 1- mulai minggu 12 (bulan 3) 2 biji 2 kali sehari
B 2 -mulai minggu 24 (bulan 6) 2 biji 2 kali sehari
B 3 -mulai minggu 28 (bulan 7) 2 biji 2 kali sehari
B 4 -4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari
B 5 -2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari
B 6 -1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L 7 -30 ml penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L 8 -mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam
L 9 -mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L 10 -mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L 11 -220 ml mulai dari hari ke 7 bersalin 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan.
L 12 -mulai dari hari ke 21 bersalin 2 biji 2 kali sehari



Catatan Tambahan

Sekiranya bayi songsang, puan bolehlah mendapatkan ubat homopati  RTA
Sekiranya bayi terkena penyakit kuning, sila dapatkan ubat homopati  RTD
Untuk meningkatkan kandungan susu badan, amalkan ubat homopati  RTC



Fakta2 mengenai produk Salindah keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd.Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing.Salindah adalah salah satu daripada puluhan produk yang diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya. Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin.Sudah biasa kepada wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll.Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan