mgtlee@gmail.com

< Banner created with MyBannerMaker.com

PERUBATAN ALTERNATIF?



Perubatan Alternatif


Perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme adalah tergolong dalam perubatan alternatif. Perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mujarab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa yang membezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional yang rata - rata manusia sudah mengenalinya. Walaupun perubatan konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak bermaksud ia lebih baik dan sempurna. 

Ciri-Ciri:
Saintifik
Kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah menurut kaedah moden yang saintifik. Kajian yang dijalankan terhadap manusia dan bukannya haiwan makmal akan menghasilkan keputusan yang sangat tepat.         

Efektif

kajian dan penyelidikan yang teliti dengan rakaman pemerhatian yang kemas dan perumusan yang tepat menjadikan perubatan alternatif sangat berkesan mengatasi pelbagai penyakit akut dan kronik, penyakit yang sudah lama bertapak dalam masyarakat mahupun yang baru menjelma, sesuai dengan pengertian hadis bahawa, "Bagi setiap penyakit ada ubatnya, dan Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan dengannya sudah ada ubat."

Ubat-ubat dirumus berpandukan prinsip pengilang dan pengeluaran yang jelas dan termaju membuatkan pengguna lebih yakin terhadapnya. Ekoran dari situ maka perubatan alternatif kian pesat berkembang dan diterima umum mercapada. 

Selamat

Perubatan alternatif lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan dan dengan itu adalah paling selamat digunakan biarpun dalam tempoh yang lama. Ini adalah ciri paling utama yang menyebabkan perubatan alternatif mendapat sanjungan era ini.
Di Malaysia, Allahyarham Profesor Dr. Azizan Bin Hj. lsmail, pada hayat beliau sebagai penasihat Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. adalah antara beberapa orang yang paling giat berusaha memperkenal dan menyebarkan pengetahuan mengenai perubatan alternatif ini di kalangan masyarakat di semua lapisan. Diatas kegigihan dan kaedah yanq tersendiri, beliau telah berjaya menggerakkan hati masyarakat untuk mencuba, mengguna dan menerima perubatan alternatif dalam kehidupan seharian mereka. Usaha ini bukanlah suatu yang mudah. Terdapat pelbagai rintangan dan halangan. Namun dengan semangat dan hati yang cekal, semua itu dihadapi dengan hati yang tenang dan sabar.



Homeopati

Sejarah perubatan Homeopati


Dr. Samuel Hahnemann


          Sistem perubatan Homeopati telah diperkenalkan oleh seorang doktor berbangsa Jerman, Dr. Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Tetapi kajian yang dijalankan oleh Hahnemann bermula sejak 1796 lagi. Dalam usaha mengujikaji ubat-ubatan Homeopati Dr. Hahnemann telah menjalankan segala ujikaji ke atas dirinya dan lain-lain orang. Kaedah Homeopati melarang ujikaji dijalankan ke atas haiwan makmal. Hasil ujikaji yang dijalankan ke atas manusia memberikan keputusan yang lebih tepat. 

Menurut Homeopati sesuatu bahan yang boleh meracun tubuh dengan mendatangkan apa jua masalah dan menjelmakan simptom-simptom penyakit, maka bahan tersebut boleh diproses untuk dijadikan remedi bagi mengubati penyakit yang seakan dengan yang ditimbulkannya. Ubat Homeopati digelar remedi.

Misalnya, kesan menghidu atau memakan bawang merah, boleh mendatangkan pada diri seseorang yang sihat, simptom bersin-bersin dengan hingus cair mengalir banyak. Oleh itu, bawang merah ini boleh diproses menjadi remedi yang cukup mujarab bagi masalah selesema yang mempunyai simptom bersin-bersin dan hingus cair mengalir lancar. Tetapi simptom penyakit mestilah sama atau serupa dengan simptom remedi (semasa dijalankan ujikaji awal). Mengertilah kita bahawa dari situ, racun itulah penawarnya.

Menurut Homeopati, penyakit menzahirkan dirinya dengan menimbulkan simptom. Simptom-simptom adalah paling tepat. Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Inilah falsafah yang terangkum di dalam kata-kata,"Serupa dengan serupa menyembuhkan". (Similia Similibus Curentur).

Sesuai dengan prinsip Homeopati, semua penyakit ada ubatnya. Kerana penyakit berpunca daripada keracunan, maka jalan penyelesaiannya juga ialah dengan berubat menggunakan tenaga "racun" yang serupa. Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun tadi ialah melalui proses potentisasi atau triturasi. Pengilangan ubat-ubatan Homeopati adalah berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah ini. 

Remedi Homeopati
Remedi Homeopati berasal daripada pelbagai punca, iaitu:

Alam Tumbuhan - sebilangan besar remedi Homeopati berasal darialam tumbuhan.

Alam Haiwan - racun-racun haiwan berbisa seperti ular dan serangga berbisa. 
Alam Kimia - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam), dan mineral. 

Apabila remedi yang tepat, berasaskan simptom, diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai, bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan, dengan izin Allah.
Penyakit terjadi dengan melalui jalannya, dan demikian jua apabila ia akan sembuh, ia akan sembuh melalui jalannya seperti berikut: 

  • Dari atas ke bawah
  • Dari dalam ke luar
  • Dari organ penting kepada organ kurang penting
  • Berpatah balik ke masalah asal



Biasanya dalam keadaan tubuh bergerak menuju kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlakulah sedikit kemelaratan simptom. Harus ingat, kemelaratan simptom ini bukannya kesan sampingan dan ia tidak boleh membahayakan. Kemelaratan simptom berlaku hanya buat sementara waktu sahaja. Berlakunya kemelaratan simptom menunjukkan remedi yang diambil itu adalah tepat dan sedang bekerja menghilangkan penyakit dari tubuh itu. Ada kalangan yang menamakan kemelaratan simptom ini sebagai krisis penyembuhan (healing crisis).

Oleh kerana kemujaraban, keberkesanan dan selamatnya sistem ini, maka Homeopati berkembang maju ke seluruh dunia. Kian ramai ahli masyarakat mula berjinak-jinak dengan perubatan Homeopati dan memilih perubatan ini sebagai alternatif atau pilihan kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah (drug). Semakin ramai pula doktor konvensional mempelajari dan mengamalkan Homeopati dewasa ini. Kini Homeopati sudah diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO).

Biokimia

Perubatan Biokimia diperkenal dan dimajukan oleh seorang doktor bangsa Jerman, Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, dalam tahun 1873. Sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh. 

Garam mineral ini digelar garam tisu biokimia. Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat, iaitu: 


1. Calcium Flouride
2. Calcium Phospate
3. Calcium Sulphate
4. Ferrum Phospate
5. Magnesium Phospate
6. Kalium Phospate
7. Kalium Chloride
8. Kalium Sulfate
9. Natrium Chloride
10. Natrium Phospate
11. Natrium Sulfate
12. Silika

Dalam makalahnya yang pertama, Dr Schuessler merakamkan penghargaan di atas tulisan Prof. Moleschott dari University Rome, yang mencetuskan inspirasi kepadanya melahirkan teori Biokimia ini. Di dalam makalah tersebut, Prof. Moleschott menulis,"Struktur dan fungsi semua organ tubuh bergantung kepada wujudnya juzuk-juzuk perlu tak organik dalam kuantiti seimbang". 

Oleh kerana kandungan garam tak organik hanya perlu dalam kadar 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang diberi perhatian. Kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh garam tak organik menjadi sangat jelas apabila semakin ramai pihak yang menjalankan kajian di makmal. 

Dr. Lusk, seorang pakar pemakanan menulis, "Tubuh manusia boleh hidup dalam jangka lebih pendek akibat ketiadaan garam mineral daripada ketiadaan juzuk lain di dalam makanannya." 

Proses Triturasi


Secara mudahnya, proses ini melibatkan kerja-kerja "penghalusan" menurut kaedah Homeopati. Satu bahagian garam mineral asal dicampurkan dengan 9 bahagian laktosa dan ditumbuk dan digiling dalam satu bekas untuk sekian lama. Hasilnya dapatlah bahan seakan debu iaitu triturat pertama, 1x. Kemudian satu bahagian triturat 1x ini pula dicampur 9 bahagian laktosa, dan ditumbuk dan digiling pula untuk mendapatkan triturat 2x. Begitulah proses ini diteruskan sehingga ke tahap triturasi yang dikehendaki. 

Garam tisu Biokimia yang digunakan oleh Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail dalam rumusan-rumusan nya ialah pada tahap 6x dan dipersembahan dalam bentuk"molded tablets" dan "compressed tablets", agar mudah hancur atas lidah dan mudah pula dimakan oleh kanak-kanak dan bayi. Contohnya EXAMO-CKM 500Oleh kerana ubat Biokimia yang disediakan dengan menggunakan laktosa, maka itu sebabnya ia terasa sedikit manis dan digemari oleh semua orang termasuk kanak-kanak. 

Herbalisme


Sejak bermula sejarah manusia, sudah diketahui bahawa pada tumbuh-tumbuhan tertentu terdapat pelbagai jenis khasiat yang cukup mujarab bagi mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan.
         
Ada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan makanan yang berperanan, bukan setakat memberi kekenyangan, malah juga untuk menjauhi daripada serangan penyakit, memberi tenaga, menolong menyembuhkan penyakit yang sudah dihadapi dan sebagainya. Tumbuhan makanan membekalkan banyak keperluan zat-zat karbohidrat, protein lemak, garam mineral, vitamin dan air untuk tubuh.
           
Ada jenis tumbuhan yang rasanya kurang enak, seperti rasa terlalu pahit, masam, kelat atau payau dan berbau tengik akan tetapi mempunyai khasiat perubatan, dan perlu dimakan atau diminum secara sedikit-sedikit. Pelbagai jenis khasiat ubat terdapat dalam beraneka jenis tumbuhan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), hutan rimba di Malaysia, yang menikmati iklim khatulistiwa, mempunyai khazanah yang paling kaya dengan tumbuhan berubat iaitu antara 3000 hingga 5000 spesis, termasuk yang belum dikenalpasti.
             
Di kalangan dukun dan bomoh Melayu, pengetahuan mengenai ubatan dari tumbuhan ini sudah menjadi hal yang turun temurun. Malah bagi masyarakat Melayu ubatan konvensional hanya baru kebelakangan ini menjadi pilihan pertama. Pun begitu masih ramai yang memilih ramuan-ramuan akar kayu untuk mengubati penyakit yang mereka hadapi. Ramuan-ramuan herba ini memang berkhasiat dan berkesan bagi merawat masalah-masalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis misalnya yang perubatan konvensional sendiri merasai payah hendak mengubatinya dengan sempurna.

Cuma yang menjadi masalah dunia perubatan herba Melayu ialah ia lebih berbentuk kuno. Kalau ia dapat dimodenkan dari segi kajian saintifik dan persembahan, maka ia mungkin lebih mudah diterima masyarakat marcapada. Kalau dapat diubah daripada menyediakan ramuan dengan memasak dalam periuk tanah dijadikan minuman yang tidak bersukatan tetap kepada sediaan dalam bentuk tablet atau minuman yang lebih mudah dibawa dan digunakan dengan bersukatan tertentu, maka dengan sedikit perubahan itu, adalah dirasakan perubatan herbalisme akan lebih memberi tarikan kepada pengguna. Dalam bidang inilah Prof. Dr. Azizan Ismail sedang berusaha gigih. Kejayaannya sudah mula dirasai sekarang. 

PENGASAS ERA EDAR MARKETING SDN BHD







BiodataAllahyarham Prof. Dr. Azizan bin Ismail


Pengalaman Kerjaya1971-1973 Guru Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian), Rembau,Negeri Sembilan.
1973-1975 Guru Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah Darul Aman.
1975-1980 Pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.               

Pendidikan Awal
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kedah Darul Aman.
2. Sek. Umum Kampung Pauh, Taiping, Perak Darul Ridzuan.
3. King Edward VII Primary School, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Menengah
1. King Edward VII Secondary School, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Tinggi
1. Kolej Pertanian (M) Serdang, Selangor (kini Universiti Putra Malaysia).
2. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Profesional
1. 1976-1980 Dewan Perubatan Homeopati Singapura.
2. 1978 Brantridge Forest School, Sussex, England (Doctor of Homeopathy)
3. 1992 ITC Management Centre, Post Graduate Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, disahkan oleh Lancashire Polytechnic And Business School.

Pembabitan Lalu
1. Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Pembangunan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Malaysia.
2. Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Pembanggunan Institut Pertanian Malaysia.
3. Ahli Jawatankuasa Penilaian dan Pembanggunan Sains Pertanian di Maktab Perguruan.
4. Ahli Panel Pembinaan Soalan Lembaga Peperiksaan Cambridge dan  Lembaga
    Peperiksaan Malaysia
    untuk:
             I) Sijil Rendah Pelajaran (kini PMR)
            II) Sijil Pelajaran Malaysia
           III) Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV).

TUJUAN PENUBUHAN
Menyediakan peluang perniagaan kepada individu yang berminat melalui sistem jualan SATU ARAS iaitu satu kaedah pemasaran terkini dan dinamik dengan modal yang minimum tetapi menghasilkan pulangan yang maksimum. Melahirkan usahawan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing. Berusaha melahirkan masyarakat yang sihat fizikal, mental dan emosi dalam memenuhi tujuan hidup yang lebih bermakna agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair.